Kini Mempunyai 3 Juta Pengguna Aktif Harian Threads

Sebulan yang lalu Threads dilancarkan oleh Meta ketika keadaan di Twitter (kini X) terumbang ambing dengan pelbagai masalah untuk diakses. Dalam masa seminggu sahaja, Threads berjaya mencatatkan 100 juta akaun pengguna sekaligus menjadikannya pesaing sebenar kepada Twitter.

Hari ini menurut laporan SensorTower, Threads hanya mempunyai 3 juta pengguna aktif harian bersamaan dengan pengurangan 82% pengguna aktif ketika waktu puncak. Masa purata yang dihabiskan pengguna turut turun ke 2.9 minit sehari berbanding 19 minit sehari.

Dalam sesi town fall bersama kakitangan Meta minggu lalu, Mark Zuckerberg mengatakan mereka mempunyai “kurang separuh” pengguna aktif daripada jumlah akaun. Situasi sebenar nampaknya lebih serius daripada yang dilaporkan.

Sejak dari awal lagi Threads mengatakan ia tidak ingin menjadi laman berita serius dan perbincangan politik seperti Twitter. Penggunaan susur masa algoritma tanpa susur masa untuk akaun yang diikuti membuatkan ramai pengguna awal yang berhijrah daripada Twitter kini tawar hati.

Amanz


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”