AKSIZ: Animasi Sains Fiksyen Islamik Aksi Pertama ILM – Kebangkitan Khalifah Akan Ke Durioo+

Durioo+ iaitu platform penstriman video memfokuskan kandungan Islam untuk kanak-kanak bakal hadir dengan animasi asli baharu bergenre sains fiksyen.

Bukan itu sahaja, siri animasi juga memfokuskan agama Islam dan diberi nama sebagai ILM – Kebangkitan Khalifah. Siri ini turut akan mempersembahkan aksi dan jalan cerita yang unik serta menarik.

Menurut Durioo+, siri ini menyasarkan kanak-kanak 8-12 tahun. ILM – Kebangkitan Khalifah ini turut menjadi siri animasi sains fiksyen Islam aksi pertama dunia dan menjamin boleh bersaing dengan animasi terkenal lain.

Siri ini dihasilkan sepenuhnya oleh studio Durioo+ dan dijadualkan untuk tiba di platform penstriman mereka pada bulan Ramadan 2024.

Aksiz

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan