Bukan Untuk Menunjuk, Sekadar Bertahan

Bukan Untuk Menunjuk, Sekadar Bertahan

Aku update bukan sebab aku bagus.
Bukan juga sebab mahu menunjuk.
Aku update sekadar menyimpan kisahku sendiri,
supaya suatu hari nanti aku tahu —
aku pernah bertahan di titik ini.

Alhamdulillah untuk hari ini.
Walaupun demam masih singgah,
kepala masih berat,
dan ada saat langkah terpaksa bertongkatkan dinding,
aku tetap bangun dan bergerak.

Bukan kerana aku kuat sepenuhnya,
tetapi kerana perjuangan tidak menunggu tubuh pulih sepenuhnya.
Ada komitmen yang perlu dijaga,
ada amanah pada diri sendiri yang tak boleh ditinggalkan.

Aku sedar,
tak semua orang mampu memahami
dan tak semua orang mampu membantu.

Akhirnya aku belajar satu perkara yang paling jujur:
tiada siapa yang boleh menolong aku mencapai sasaran ini
melainkan aku sendiri.

Dan hari ini,
aku masih di sini —
perlahan, sakit,
tetapi tidak menyerah.


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”