Monolog Khas Jumaat – 26 Disember 2025
Tajuk: "Penutup Tahun, Tapi Bukan Penutup Harapan"
Tahun ini mungkin berat.
Tapi Tuhan tak pernah tinggalkan aku walau sekejap.
Dan kerana itulah… aku masih di sini,
Menyambut Jumaat terakhir tahun ini dengan penuh syukur.
Aku mahu tutup tahun ini dengan hati yang lebih reda.
Dengan jiwa yang lebih sabar.
Dengan diri yang lebih ikhlas menerima takdir-Nya.
Doaku hari ini:
“Ya Allah, terima kasih untuk segalanya.
Untuk ujian dan juga rahmat.
Moga tahun depan aku lebih kuat, lebih tenang, dan lebih dekat dengan-Mu.”
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”