Selagi Daunku Masih Di Dahan Sidratul Muntaha


Selagi Daunku Masih Di Dahan Sidratul Muntaha

Ya Allah,
andai hidup ini ibarat sehelai daun,
aku mohon—
biarlah daunku atas namaku
masih kokoh bertahan di dahan-Mu.

Bukan kerana aku takut gugur,
tetapi kerana masih ada amanah
yang Engkau titipkan di pundakku.
Ada jiwa yang perlu dididik,
ada kasih yang perlu dibimbing,
ada tanggungjawab yang belum selesai.

Selagi aku masih bernyawa,
izinkan aku berkhidmat
dengan sisa kekuatan yang ada.
Walau letih,
walau kadang aku hampir rebah,
aku tahu—
Engkau tidak pernah tersalah memilih hamba.

Namun Ya Allah,
andai suatu hari nanti
daun ini harus jatuh juga,
hamba redha sepenuh jiwa.

Jangan biarkan aku pergi
dalam keadaan lalai.
Wafatkanlah aku
dalam husnul khotimah,
dengan hati yang pulang tenang,
dan jiwa yang Engkau terima.

Dan sebelum itu,
tutuplah segala aib hamba ini ya Allah.
Aib yang aku sembunyikan,
dan aib yang aku sendiri malu mengakuinya.
Cukuplah Engkau sahaja yang tahu.

Kerana aku bukan hamba yang sempurna,
tetapi aku ingin pulang
sebagai hamba yang Engkau ampuni.

— #JMBELOG
Setiap sunyi punya suara. Setiap jiwa punya cerita.

Catat Ulasan

0 Ulasan