Monolog Khas Khamis - 18 Disember 2025

 Monolog Jiwa #25 – Terima Kasih, Wahai Hati Yang Bertahan


18 Disember 2025 (Khamis)

Aku ingin ucap terima kasih pada hatiku sendiri.
Yang tidak pernah benar-benar berhenti berharap.
Yang tidak pernah putus doa,
walau tubuh sudah lama letih.

Terima kasih kerana tidak hancur sepenuhnya.
Terima kasih kerana masih mahu percaya,
walau pernah dikhianati oleh harapan.

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan