Januari 04, 2019

Harga RON95, RON97 turun RM1.93, RM2.23 seliter

Harga RON95, RON97 turun RM1.93, RM2.23 seliter

KERAJAAN menetapkan harga runcit petrol RON95 pada RM1.93 seliter; diesel (RM2.04 seliter) dan petrol RON97 (RM2.23 seliter) mulai 12 tengah malam ini (5 Januari) hingga 11 Januari depan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, mulai tengah malam ini, kerajaan memutuskan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari lalu mempertimbangkan perkara itu dan mula dilaksanakan tengah malam ini.
"Sebelum ini, harga RON97 ditetapkan pada RM2.50 seliter, RON95 (RM2.20 seliter) dan diesel (RM2.18 seliter)," katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.
Katanya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.
Lim berkata, pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!