Pages

Januari 01, 2019

SINOPSIS DESTINASI UKHUWAH

SINOPSIS DESTINASI UKHUWAH

Mengisahkan empat sahabat yang terpisah selama 10 tahun dan bertemu semula secara tidak sengaja. Bagi mengatasi tekanan kehidupan masing-masing, mereka merancang untuk mengembara menimba pengalaman sambil melakukan kerja-kerja amal.
Pengembaraan empat sahabat yang merentasi Semenanjung Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke Thailand, melawat setiap inci tanah Islam ini dan menemui pelbagai keindahan dan kerosakannya.

Mereka bermukim di setiap negeri dan berkongsi jiwa secara bernasyid di kaki lima menyampaikan lagu-lagu ketuhanan yang telah lama 'diam' di tanah ini. Suburkan kembali lagu nasyid seperti 'Buta Mata, Pondok Kecil' dan lain-lain.

Pelbagai kemaslahatan umum ditemui mereka di setiap negeri yang disinggah seperti kisah kasih terpisah, kisah khalwat & arak, misteri ahli sufi, alam bunian & jin, perkahwinan & cerai, kehancuran rumah tangga, kehebatan pancaindera serta pelbagai lagi.

Drama bersiri Destinasi Ukhwah 13 episod disiarkan bermula 31 Disember 2018, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi mengisi slot Kejora di TV1.

Lakonan Zalif Sidek, Amerul Affendi, Fendy Bakry, Adam Shahz dan ramai lagi





Salam Jumaat.. . Mulai 5hb Julai 2018 Setiap Isnin - Khamis 11.30am @ TV1 Sebuah drama travelogue (roadmovie), #DestinasiUkhuwah terbitan @nuansafilm_official, di bawah arahan Shuhaimi Zulkefli untuk RTM Destinasi Ukhuwah mengisahkan empat sahabat yang terpisah selama 10 tahun dan bertemu semula secara tidak sengaja. Bagi mengatasi tekanan kehidupan masing-masing, mereka merancang untuk mengembara mencari pengalaman. Drama ini menjalani penggambaran di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali negeri pantai timur serta ke Hatyai, Pattani, Naratiwat dan Yala. Pengembaraan mereka bermula dari Johor dan berakhir di Naratiwat, selatan Thailand yakni di sebuah masjid bersejarah berusia lebih 300 tahun di situ. Dibintangi oleh: @amerul_affendi @fendybakry @zalifsidek @adamshahz #DestinasiUkhuwah #DU #NuansaSdnBhd #RTM
A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!