56% Lautan Dunia Telah Berubah Warna Kerana Perubahan Iklim

Jika ditanya kepada anak kecil apakah warna laut, jawapan yang diberikan biasanya ialah biru. Tetapi kajian terkini daripada Massachusetts Institute of Technology mendapati warna lautan dunia sudah berubah sejak 20 tahun kebelakangan ini dari dahulunya kebiruan ke kehijauan.

Perubahan ini lebih ketara di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa. Secara keseluruhan 56% permukaan laut dunia dikesan mengalami perubahan warna. Perubahan dikesan selepas menganalisa gambar yang diambil oleh satelit Aqua sejak 21 tahun yang lalu. Perubahan ke kehijauan ini adalah disebabkan kewujudan ekosistem kehidupan khususnya phytoplankton.

Penyelidik mengatakan pertukaran warna ini disebabkan oleh perubahan suhu air laut tetapi kesan jangka panjangnya terhadap ekosistem haiwan lautan masih belum diketahui pada waktu ini. Phytoplankton mempunyai kemampuan menyerap karbon dioksida dari udara tetapi ia berbeza mengikut spesis.

Amanz


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini