September 03, 2023

Ancaman Bom Melalui Telefon

 Ancaman Bom Melalui Telefon



1. Tindakan oleh penerima panggilan

Sekiranya anda yang menerima panggilan mengenai ancaman /ugutan bom, cuba menjawab panggilan pemanggil tersebut dengan tenang dan dapatkan seberapa banyak maklumat penting seperti berikut:

I. Tempat/kawasan di mana bom itu diletakkan.

II. Bila bom di jangka akan meletup.

III. Bagaimana rupa bom tersebut.

IV. Mengapa tempat tersebut menjadi sasaran diletakkan.

V. Jumlah bom tersebut.

Selepas menerima panggilan tersebut, isi borang laporan ugutan bom (seperti mana di lampirkan) dan hubungi pegawai atasan unit  keselamatan dengan segera.

2. Tindakan oleh unit keselamatan

 I. Hubungi ketua jabatan/bahagian tempat yang terlibat dan juga maklumkan kepada pihak berkuasa universiti dan pihak Polis.

 II. Pegawai atasan nit pergi ke lokasi berkenaan dan membunyikan loceng kecemasan kebakaran (nyatakan ini latihan menyelamatkan diri “fire Drill” untuk mengelakkan penghuni tidak kelam kabut jika memaklumkan kejadian sebenar) minta penghuni mengosongkn bangunan dan hanya membawa barang berharga milik sendiri sahaja ke tempat yang selamat.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!