Ya Allah,
jangan Kau biarkan hati ini tenggelam dalam cinta dunia,
hingga lalai mengingati-Mu,
hingga lupa bahawa perjalanan ini hanya sementara.
Ya Allah,
jadikan dunia ini di tanganku,
bukan di hatiku.
Jadikan ia sekadar jalan untukku menuju akhirat,
bukan penghalangku daripada-Mu.
Ya Allah,
anugerahkan aku hati yang tenang,
mata yang mampu melihat hikmah,
dan jiwa yang tidak pernah letih mengharap rahmat-Mu.
Ya Allah,
jika aku leka, kejutkan aku dengan kasih-Mu.
Jika aku jauh, tariklah aku kembali dengan cinta-Mu.
Jika aku jatuh, angkatlah aku dengan ampunan-Mu.
Ya Allah,
pagi ini aku serahkan segala resah,
segala harap dan segala impian
kepada-Mu yang Maha Mengetahui,
kerana hanya dengan-Mu
aku temui ketenangan yang abadi.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”