Doa malam 15 Sept 2025 - Allah Yang Menjamin Hidup Kita


Assalamualaikum,
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita, mengurniakan kesihatan yang baik, melindungi setiap langkah, dan melimpahkan rahmat serta kasih sayang-Nya tanpa henti.

Terima kasih atas segalanya, dan maafkan segala kekurangan serta khilaf – yang disengaja mahupun tidak.

Allah lah yang menjamin hidup kita,
Allah lah yang mengatur rezeki kita,
Allah lah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Tugas kita hanyalah memperbaiki diri,
membersihkan hati,
meluruskan niat,
dan menyerahkan selebihnya kepada Dia Yang Maha Mengatur.

Doa Malam 15 September 2025
Malam ini aku lepaskan semua kecewa,
agar esok ada ruang untuk bahagia.
Ya Allah, tuntun aku agar tidak tersalah memilih jalan hidup,
pimpinlah aku ke arah redha-Mu,
dan jadikanlah setiap kesedihan sebagai pintu untukku belajar,
bahawa selepas gelap pasti ada cahaya.

Ya Allah, bantulah aku dalam memperbaiki hati yang lemah,
diri yang sering khilaf,
dan ibadah yang kadang goyah.

Ampunkan segala dosa, dekatkan aku dengan kebaikan,
jauhkan aku daripada perkara yang melalaikan.
Limpahkan kasih sayang-Mu dalam setiap hembusan nafasku,
jadikan hidupku penuh keberkatan,
dan akhirilah dengan husnul khatimah.

Aamiin ya Rabbal ‘Alamin. 

Catat Ulasan

0 Ulasan