Doa 26 September 2025

Pagi Jumaat datang membawa ketenangan. Di sebalik kesibukan, ada doa yang rindu dilafazkan — doa untuk kelapangan rezeki, kesihatan yang berpanjangan, dan urusan yang dimudahkan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Pada pagi Jumaat yang penuh berkat ini, Kami memohon kepada-Mu dengan penuh rendah hati, Limpahkanlah rahmat dan kasih-Mu ke atas hamba-Mu. 

Ya Allah, Permudahkanlah segala urusan, Lapang dan tenangkanlah hati dalam setiap tugasan dan pekerjaan, Kurniakan kesihatan yang baik, Kekuatan tubuh untuk beribadah, Dan ketenangan jiwa dalam setiap langkah kehidupan. 

 Ya Allah, Permudahkan rezeki, Panjangkan usia dalam kebaikan, Dan sihatkan tubuh untuk ibadah. Jadikanlah setiap pekerjaan yang dilakukan bernilai pahala, Setiap usaha menjadi jalan rezeki yang halal lagi berkat, Dan setiap langkah menuju redha-Mu. Ya Allah, Peliharalah kami dari segala kesulitan, Lindungilah daripada penyakit, kesedihan dan keburukan, Hiasilah kehidupan kami dengan ketenangan, Keluarga kami dengan kebahagiaan, Dan rezeki dengan keberkatan. 

 رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا دُعَاءَنَا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ 🤲✨

Doa Ringkas (Boleh dibaca selepas solat)

اللَّهُمَّ يَا فَتَّاحُ، يَا عَلِيمُ، يَا رَزَّاقُ

Ya Allah, permudahkan rezeki kami, panjangkan usia kami dalam kebaikan, sihatkan tubuh kami untuk ibadah, mudahkan segala urusan kami dan berkati setiap langkah hidup kami.
آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ 

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”