Kenapa Aku Masih Memberi?
Ada orang pernah bertanya kepadaku:
“Kenapa kau banyak sangat bagi effort dekat orang? Belum tentu dia kekal, belum tentu dia hargai.”
Aku diam sejenak, kemudian aku jawab perlahan:
“Sekurang-kurangnya aku sudah buat yang terbaik. Kalau yang kembali nanti bukan kebaikan, tak apa — aku tak rugi pun bila memilih untuk buat baik. Yang rugi ialah bila kita sia-siakan orang yang betul-betul ikhlas dengan kita.”
Dalam hidup ini, bukan semua orang akan menghargai hati yang jujur. Tapi suatu hari nanti, Allah akan temukan kita dengan manusia yang tahu menilai rasa, yang tahu membalas dengan ikhlas.
Dan pada hari itu, barulah kita faham— tiada satu pun kebaikan yang pernah sia-sia.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”