Cinta Segera 8 malam ini di TV Okey (Astro 146)

Telefilem romantik komedi khas perayaan Hari Gawai bertajuk 'Cinta Segera' akan disiarkan pada 1 Jun, pukul 8 malam di TV Okey (Astro 146)

Lakonan Keith Foo, Doria Rachel, Adam Yusuf, Hafisz Rachman, Ferazilaah Mohd, Ernnie Doris, Lydia Yusreena, Janet Benet, Syafaat Z.Abidin 



SINOPSIS CINTA SEGERA

Mengisahkan seorang pemuda berbangsa Cina, Harry yang berkunjung ke Sarawak. Dia turut serta ke kampung halaman kawan baiknya itu untuk meraikan sambutan perayaan Hari Gawai. 

Tanpa diduga Harry jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis bernama Jenny. Jenny gadis Iban yang cantik, dan peramah yang juga merangkap pemandu pelancongnya sepanjang berada di Sarawak. 

Begitu pun percintaan mereka menerima tentangan hebat daripada ayah Jenny. Saksikan bagaimana kesungguhan Harry berusaha untuk melembutkan hati ayah Jenny untuk menerima kehadirannya sebagai jodoh Jenny.  


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”