Pages

Jun 11, 2020

SINOPSIS SYAWAL MENCARI CINTA

Syawal Mencari Cinta

SINOPSIS SYAWAL MENCARI CINTA

Pada pagi Raya, Syawal melepak bersama rakannya dan mereka tidak menunaikan solat sunat Hari Raya. Setelah selesai solat sunat Hari Raya, dia ternampak seorang gadis yang tidak pernah dilihatnya di kampung sebelum ini. Syawal terus berkesimpulan bahawa dia telah menemui cinta sejati. Dia telah mengunjung setiap rumah di kampung untuk menjejaki gadis tersebut. Selepas sekian lama mencari tanpa membuahkan hasil, Syawal terus mengumumkan kepada seluruh kampung bahawa dia akan melaksanakan rumah terbuka untuk hari raya dan semua orang dijemput hadir ke rumahnya. Namun demikian, setelah selesai rumah terbukanya, gadis yang dicari-cari Syawal masih tidak kelihatan. Dia kecewa lalu berputus asa. Tanpa sedar, gadis yang dijejaki selama ini adalah Cinta, sepupunya sendiri.

Ulangsiar telefilem Syawal Mencari Cinta lakonan Iedil Putra, Nadiya Nisa dan Daiyan Trisha pada Sabtu, 13 Jun pukul 9 malam di TV3.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!