Kedai gunting, dandan rambut, salun kecantikan dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun

Kerajaan hari ini mengumumkan perkhidmatan gunting serta dandan rambut selain salun kecantikan dibenarkan beroperasi semula bermula 10 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, SOP yang perlu dipatuhi termasuk pemakaian face shield dan apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian satu set sarung tangan bagi setiap pelanggan serta jarak antara satu kerusi tukang gunting perlulah sekurang-kurangnya dua meter.


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”