
Telefilem '6 Hari' arahan Yusry Abdul Halim yang dihasilkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada 13 Jun ini (Sabtu), pukul 9 malam tayangan serentak di Astro Ria, Astro Ria HD, Astro Citra dan Astro Citra HD.
Lakonan Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim , Neelofa, Dato Aaron Aziz ...
SINOPSIS 6 HARI
Suzi (Lisa Surihani) adalah isteri ketiga yang bahagia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo, kerana suaminya hanya pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isteri yang lain. Semuanya kelihatan normal sehingga suatu hari bekas teman lelaki Suzi, Faizal (Yusry A. Halim) datang mengetuk pintu.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”