NOSTALGIA KOMEDI : SENARIO MENGGAMIT KENANGAN FENOMENA DUNIA LAWAK

NOSTALGIA KOMEDI : SENARIO MENGGAMIT KENANGAN FENOMENA DUNIA LAWAK

Pada akhir tahun 90an dan awal tahun 2000, Senario sangat popular dengan sitcom komedi dikaca TV. Gelagat Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Yassin dan Saiful Apek telah membangkitkan gelombang fenomena pada masa itu. 

Kumpulan komedi ini turut mempunyai album lagu sendiri. Lagu-lagu mereka pernah menjadi siulan ramai pada masa itu dan pernah ke final Anugerah Juara Lagu.

Malah, mereka tutrut melebarkan sayap ke layar perak. Antara filem mereka yang popular pada akhir 90an dan awal tahun 2000 ialah Senario The Movie (1999), Senario Lagi (2000), Lagi-Lagi Senario (2001), Lang Buana (2003) dan Senario XX (2005).

Zaman kegemilangan ini semestinya menjadi nostalgia kepada sebahagian besar rakyat Malaysia pada hari ini. Kemeriahan dulu masih belum bertukar ganti....

#NostalgiaKomediBraderFilem

1 Ulasan

COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama