Perkembangan positif itu turut mendapat pujian seorang pencipta kandungan video dari luar negara. Seorang lelaki kelahiran Amerika yang dipercayai turut memegang profesion doktor gigi itu menghasilkan video menceritakan bagaimana Malaysia berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 berbanding negara lain di Asia Tenggara.

Dustin Pfundheller menerusi videonya berkata, video itu dihasilkan bagi memaklumkan kepada dunia mengenai kehebatan Malaysia menangani wabak pandemik yang tidak begitu dilaporkan media massa. Dua buah video telah dihasilkannya khas untuk membuka mata warga dunia mengenai kehebatan Malaysia tangani COVID-19. Ada yang mengatakan dia membuat video memuji Malaysia tersebut setelah ‘dibayar’, namun telah disangkal oleh beliau.

Ini antara video yang dihasilkan oleh Dustin Pfundheller:





Video Dustin Pfundheller dikongsi secara meluas oleh pelayar Facebook khususnya rakyat Malaysia yang rata-rata mengakui terharu dan sebak ketika menontonnya. Bukan itu sahaja, malah youtuber antarabangsa lain yang membuat ulasan mengenai kedua-dua video tersebut turut berbangga dengan pencapaian Malaysia, sehingga ada yang menitiskan air mata.








Ruangan komen youtuber-youtuber tersebut turut dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.

Anda sebagai rakyat MALAYSIA, bangga atau tidak dengan pencapaian negara kita? Kami di LIBUR sangat berbangga dengan cara Malaysia tangani wabak pandemik COVID-19 ketika ini. #kitajagakita #kitamestimenang

SUMBER : LIBUR