Pages

Jun 01, 2020

SINOPSIS NASI KERABU UNTUK CHE ABE


SINOPSIS NASI KERABU UNTUK CHE ABE

Shira mendapati dirinya jatuh cinta pada Faizul, orang Kelantan dan dia bernasib baik kerana Faizul merasakan hal yang sama untuknya. Namun, Shira mula terancam oleh Sha yang memasak nasi kerabu sebaik ibu Faizul dan mereka sangat rapat. Sha cuba memecahkan Faizul dan Shira kerana dia mempunyai perasaan terhadap Faizul.

Shira, Yana dan Zetty, 3 gadis yang dikenali sebagai 'awesome girls' adalah antara gadis-gadis cantik di kolej. Di permulaan cerita mereka telah berselisih dengan pelajar master yang kacak bernama Faizul. Ketiga tiga mereka terpegun tatapi semuanya hilang mood bila mula terdengar Faizul mula kecek kelate yang agak pekat. Faizul tidak pandai berdialek KL. Rakan baiknya, Arman biarpun berbeza jurusan namun mereka sama-sama gila mencari duit dengan bisnes. Faizul lebih gemar menjual secara bersemuka berbanding dengan Arman yang menjual macam-macam secara atas talian. Shira, Yana dan Zetty tinggal bersama di rumah sewa, mereka bersahabat karib dan mereka pernah berjanji dan saling mencabar 'no boy no love' sehingga tamat pengajian. Mereka bertiga terkenangkan Faizul. Mereka memikirkan macam mana mereka nak mungkir janji yang dah dibuat.

Drama bersiri 13 episod Nasi Kerabu Untuk Che Abe disiarkan di slot Akasia bermula 25 Mei 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam. 


Lakonan Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Fazlisham, Scha Elinnea, Hariesa DFKL, Jasmin Hamid, Erynne Erynna, Syainie Shuhaimi, Neera Azizi, Radhi Khalid, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusoff, Danny X-Factor ... 

#nasikerabuuntukcheabe

1 comments:

Hans Hanis berkata...

ada tengok juga
boleh lah tahan kelakar
hahaha

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!