GENTLEMAN NYA BAPAK

GENTLEMAN NYA BAPAK 

Semalam satu dunia meraikan hari bapak. Bapak seperti biasa, selamba saja. Itulah bapak. Sebenarnya *ibu* dapat macam2 dlm dunia ni. Tapi *bapak* tak kisah. Tak kecil hati pun. Itulah bapak. Gentleman sungguh. 

*Ibu* dapat negara, jadi *ibu negara*. *Bapak negara* tak pernah ada. Negeri pun beri kat ibu jadi *ibu negeri*. Bapak tak dapat juga. Ibu dapat kota, jadi *ibu kota*. Bapak kota tak pernah wujud. 

Ibu dapat pertiwi jadi *ibu pertiwi*. Bapak pertiwi mana ada. Pejabat pun bagi kat ibu jugak, jadi *ibu pejabat*. Bapak pejabat entah di mana. Sawat pun ibu punya, jadi *ibu sawat*. Bapak sawat tak wujud. 

Jari pun bagi kat ibu, jadi *ibu jari.* Bapak hanya *menggigit jari*. Hatta roti pun dinasabkan kpd ibu, jadi *ibu roti.* 

*Ada dengar bapak komplen?* Tak ada kan. Demikian *gentlemannya* bapak. 😊😎

#justsharing
#lawak2

Kalau kau masih membaca sampai sini
mungkin tulisan ini sedang memeluk hati kau dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

1 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”