WORD 231

Word 231

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.

Kadangkala sifat mahmudah itu tidak dapat disemai hanya dengan beribadat, tetapi hanya dituai hasil mehna(didikan) sebuah mujahadah.

Begitulah jua mazmumah yang ada di kalbu kita, kadangkala dicuci dengan kesempitan rezeki dan hentakan kesedihan. Berlapang dadalah dalam semua hal kerana kesederhanaan itu selalunya menyelamatkan.

Maaf atas segala yang terkurang kerana di situlah letaknya kesempurnaan manusia. Tetapi santunilah hati yang sentiasa mengharap kebaikan.

Sejauh mana kasih kita kepada Allah itulah ukuran kasih yang dapat kita berikan kepada manusia."

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan