Pages

Ogos 09, 2020

7 Hari Mencintaiku 2 : Luahan Shukri Yahaya Mengenai Khuzairi

7 Hari Mencintaiku 2 : Luahan Shukri Yahaya Mengenai Khuzairi

Pelakon Shukri Yahaya semakin dikenali ramai menerusi lakonannya dalam 7 Hari Mencintaiku. Memegang watak Khuzairi, suami kepada Mia Adriana, Shukri Yahaya baru-baru ini berkongsikan mengapa penonton perlu bijak menilai karakter yang dibintanginya itu.
Buat pengikut drama 7 Hari Mencintaiku ini pastinya tahu karakter Khuzairi yang sangat sayang kepada isterinya, Mia Adriana. Watak Mia Adriana yang dibintangi oleh Siti Saleha sering sahaja merajuk dan meninggi suara pada suaminya sejak musim pertama lagi.

Dalam 7 Hari Mencintaiku 2 ini Mia Adriana kembali dengan perangai lamanya itu. Ini menyebabkan Mak Leha, ibu kepada Khuzairi tidak sanggup untuk melihat anaknya itu menderita. Disebabkan itu juga Mak Leha lakonan Liza Abdullah telah merancang untuk Khuzairi bernikah dengan calon menantu pilihannya.

Beberapa perkara dalam episod yang ditayangkan setakat ini membuatkan ada yang panas hati dengan sikap Khuzairi yang terlalu menurut kata ibunya dan Mak Leha yang suka menyusun atur hidup anaknya. Walaubagaimanapun semalam pengarah drama ini sendiri, Jamal Khan berkongsikan satu video luahan Shukri Yahaya mengenai watak tersebut.
Dalam video tersebut kedengaran Shuri Yahaya memberitahu seperti berikut:
“Apa sekali pun ibu yang pertama. Tidak kira walau sudah berkahwin sekali pun…”
Video luahan dan penjelasan Shukri Yahaya dan Liza Abdullah ini telah mencuri perhatian ramai. Berikut antara reaksi warganet selepas menonton video ini:
“Hahha dah kenapa nak marah Shuk…”
Shukri yahaya jelaskan watak khuzairi 1
“…Dah rasa macam watak2 semua tu ada dalam kehidupan seharian kita…”
Shukri yahaya jelaskan watak khuzairi 2
“Sorry masih team Mia Adriana”
Shukri yahaya jelaskan watak khuzairi 3

3 comments:

aienienka berkata...

macam2 ye drama ni. Aien bila tengok jadi emo je.. Geram dengan semua watak.

Shikin Razali berkata...

Tak penah pun ikuti kisah drama nir, tapi baca komen² netizen tue, sungguh emo😅...

Shida Radzuan berkata...

Sakit hati ooo tgk episod smlm 😅😅

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!