Pages

Ogos 08, 2020

SINOPSIS DRAMA PEREMPUAN TANPA DOSA

Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad ...

SINOPSIS DRAMA PEREMPUAN TANPA DOSA

Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman. Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?

Drama 28 episod, adaptasi novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad akan disirkan di slot MegaDrama, Astro Ria.

Lakonan Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Hilal Azman, Yusof Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Susan Manen, Shaza Bae ...

1 comments:

Hayati Suki berkata...

tertengok la jugak beberapa episod. boleh la layan sambil lipat kain :-)

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!