Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.
Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.
Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.
Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat nanti.
Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.
Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.
Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.
Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.
Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.
Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.
Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.
Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.
Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah ..
Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan datang.
Akhir kata doa agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik, kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah.
Alhamdulillah
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!