Biar Aku Terlihat Bodoh, Asal Aku Tahu

Kadang dunia terlalu sibuk menilai pada pandangan mata.
Siapa yang petah berkata akan dianggap bijak,
siapa yang diam akan dilabel tidak tahu apa-apa.

Aku biarkan saja.
Biar aku terlihat bodoh,
asal aku tahu setiap dari kamu.
Aku tahu bahasa matamu yang letih,
aku dengar resahmu walau tidak terucap.
Aku tahu luka yang kau sembunyi
lebih dalam daripada senyum yang kau pamerkan.

Orang melihat kebodohan ini sebagai kelemahan,
sedangkan aku memilihnya sebagai pelindung.
Aku tidak perlu membuktikan segalanya,
cukup sekadar mengerti
bahawa hidup bukan perlumbaan siapa lebih pintar,
tapi siapa lebih ikhlas memahami.

Jangan hairan kalau aku diam.
Dalam diam itu aku sedang belajar manusia.
Dan dari kebodohan yang kau sangka,
aku menemui kebijaksanaan yang tidak semua orang mahu fahami.

Kerana kadang,
menjadi “bodoh” di mata orang lain,
adalah cara paling bijak untuk menjaga hati sendiri.

Kalau kau masih membaca sampai sini
mungkin tulisan ini sedang memeluk hati kau dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”