Ya Allah,
Jika aku pernah bersalah pada mereka,
lembutkanlah hati mereka untuk memaafkan aku.
Jika lisanku pernah menyakiti,
hapuskanlah luka yang tertinggal.
Jika perbuatanku pernah melukakan,
gantikanlah dengan kebaikan dan kasih sayang.
Jika hadirku pernah menimbulkan resah,
jadikanlah ia pengajaran untuk aku lebih berhati-hati.
Ya Allah,
ampunkanlah segala dosa dan khilafku,
serta dosa dan khilaf mereka juga.
Satukanlah hati kami dalam kebaikan,
dan jauhkanlah kami daripada dendam, iri dan benci.
Sesungguhnya, hanya Engkau
yang mampu membolak-balikkan hati.
Maka, tetapkanlah hati kami dalam redha-Mu,
dan jadikanlah silaturahim ini
jalan menuju syurga-Mu.
Āmīn Yā Rabbal ‘Ālamīn.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”