Menulis, Menulis, Menulis

Menulis, Menulis, Menulis

Ada waktu, aku lebih suka diam.
Bukan kerana tiada rasa,
tapi kerana kata-kata terlalu sempit untuk memuatkan segalanya.

Lalu aku menulis.

Menulis tanpa bicara,
kerana tidak semua yang terasa itu mampu diluahkan dengan suara.
Menulis luahan hati,
sebagai cara paling jujur untuk berkata tanpa perlu didengar sesiapa.
Menulis untuk diri sendiri,
supaya aku punya ruang untuk menyembuhkan diri perlahan-lahan.

Menulis… menulis… menulis.
Kadang tanpa noktah, kadang tanpa tujuan,
hanya untuk membiarkan jiwa ini bernafas dalam caranya sendiri.

Kerana di balik tulisan,
ada bahagia yang tidak sempat diceritakan.
Ada luka yang diam-diam sedang dijahit perlahan.
Ada doa yang diam-diam sedang disampaikan.

Menulis bukan sekadar catatan,
tapi sebuah cara untuk terus bertahan.

1 ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”