Hari Radio Sedunia tahun ini disambut dengan sederhana oleh rangkaian radio Media Prima iaitu Hot FM, Kool FM, Fly FM dan One FM.
Pengurus Besar Kumpulan Audiens dan Pemasaran, Ripple, Anida Tahrim berkata, fokus mereka adalah untuk berterima kasih kepada pendengar atas sokongan diberikan.
"Tahun ini, pendekatan kami bersempena Hari Radio Sedunia adalah untuk berterima kasih kepada pendengar yang selama ini menyokong serta memberi idea dan pandangan bagi menambah baik isi kandungan kami," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Anida, radio adalah medium yang boleh diperdengarkan di mana saja sekali gus mengajak asyarakat supaya kekal selamat.
"Kami nak mengajak masyarakat untuk kekal selamat dalam pandemik sekarang dan terus mendengar radio kerana ia adalah medium yang boleh didengari di mana-mana saja.
"Setiap stesen kami akan adakan kempen serta peraduan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik. Jadi, teruskan mendengar untuk berpeluang memenangi hadiah itu.
"Kami akan kongsikan mengenainya dari masa ke semasa," katanya.

0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”