Februari 14, 2021

Keputusan terbaharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar membuktikan saranan yang dikemukakan sebelum ini bukan permainan politik UMNO.



Keputusan terbaharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar membuktikan saranan yang dikemukakan sebelum ini bukan permainan politik UMNO.

Exco Pemudanya, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, perubahan syarat itu bukan sahaja membuktikan apa yang disarankan sebelum ini boleh dilaksanakan sebaliknya suara rakyat mampu ‘menggusarkan’ kerajaan yang mahukan pengeluaran wang KWSP dibuat tanpa syarat.

Malah katanya, kerajaan sepatutnya peka dengan permasalahan dan kehendak rakyat jika mahu terus kekal relevan pada masa akan datang.

“Terima kasih kepada KWSP kerana akhirnya akur dengan tuntutan rakyat supaya membenarkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat bagi memberi kelegaan kepada pencarum ketika berdepan situasi sukar pandemik Covid-19.

“Pengeluaran i-Sinar adalah satu keperluan kepada pencarum yang ketika ini berdepan situasi sukar, selain syarat yang dikenakan sebelum ini jelas tidak adil dan menguntungkan kelompok tertentu saja,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, KWSP dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar. – UTUSAN ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!