Februari 05, 2021

Janna Nick dan Dini Schatzmann, A.I In Love



Drama pendek 4 episod 'A.I In Love' lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann yang bertemakan cinta, kekeluargaan dan teknologi. Bakal disiarkan di TV2 setiap Sabtu bermula 6 Februari ini, pukul 8.30 malam dan di TV1 setiap Ahad bermula 7 Februari ini, pukul 11.05 pagi.

SINOPSIS A.I IN LOVE
Kisah percintaan dua remaja yang bersahabat dari zaman sekolah yang terpisah akhirnya takdir mempertemukan mereka dan dengan teknologi yang direka cipta menjadi penghubung untuk kembali menguraikan salah faham antara mereka, mampukah cinta mereka bertaut?

Audria seorang ‘Sosial Media Influencer’ yang kemurungan akibat dikecam teruk, mengambil keputusan untuk mengurungkan diri di rumah dan memutuskan hubungan dengan dunia luar (termasuk media sosial).

Sejak kecil Iskandar sering dibuli sehinggalah ke zaman kerjanya. Sebagai Jurutera Programmer muda, Iskandar terpaksa akur menghadiri sesi temubual dalam program Selamat Pagi Malaysia mengenai projek Prototaip ‘T-Smartglass’ yang dibangunkan oleh syarikat tempat kerjanya. Melalui program inilah Audria berjaya menjejaki kekasih ‘cinta monyetnya’ dulu.

Penyamaran Audria sebagai ‘secret admire’ bernama MISSTECHLOVER (melalui e-mel) dapat dihidu oleh Iskandar melalui puisi-puisi indah yang pernah mereka kongsi dahulu. Pertemuan antara Audria dan Iskandar di alam maya mengembalikan kisah kenangan lalu hingga membibit perasaan cinta.

Audria yang kemurungan akibat kecaman netizen kembali bangkit dengan semangat dan motivasi oleh Iskandar. Hubungan antara Audria dan bapanya Tuan Borhan yang renggang selama ini juga turut pulih kembali.

Satu insiden telah membuatkan Audria tersalah sangkaan hubungan Iskandar dan Dania. Iskandar cuba pelbagai cara untuk memujuk dan menceritakan kisah sebenar. Akhirnya Iskandar membangunkan satu program ‘ARLENS’ khas buat Audria yang dapat menghubungkan mereka berdua seperti di alam realiti. Melalui ‘ARLENS’ itu Audria dapat melihat atau berbual dengan Iskandar secara virtual dalam bentuk susuk tubuh hologram. Usaha Iskandar untuk memenangi hati Audria kembali, berjaya.

Namun niat Audria dan Iskandar untuk berumah tangga terhenti apabila mendapat tahu Tuan Borhan dan Jamilah (rakan ‘reunion’ ITM yang sering berkongsi masalah) juga turut mempunyai niat yang sama. Audria dan Iskandar tidak rela ditinggalkan sekali lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!