Pages

Februari 16, 2021

Janna Nick, Issey Fazlisham, Filem "Selamat Hari X Jadi"



Filem "Selamat Hari X Jadi" lakonan Janna Nick, Issey Fazlisham, Zalif Sidek, Nasz Sally, Danial Zaini, Aaron Aziz, Nasha Aziz, Eyka Farhana, akan menemui penonton pada 25 Februari 2021 di Astro First saluran 480.

SINOPSIS SELAMAT HARI TAK JADI
Sekumpulan pelajar kolej yang diketuai oleh Hani dan rakan-rakannya Aiden, Parpu, Boboi dan Didi yang terkenal dengan perangai nakal mereka dengan menghasilkan rakaman video ‘prank’ rakan-rakan lain di kolej. Segalanya berubah apabila Puteri yang menjadi mangsa ‘prank’ Hani dan rakan-rakan, hampir membunuh diri akibat berasa malu. Hani yang tiada langsung perasaan bersalah dan menganggap perbuatannya itu semata-mata ‘trending’, mula diganggu oleh pembunuh misteri selepas kejadian ‘prank’ Puteri.                 

Setelah beberapa insiden menakutkan berlaku di rumah Hani, akhirnya pembunuh misteri tersebut muncul dan berdepan dengan Hani dan rakan-rakan lain pada ketika Hani bakal menyambut hari jadinya yang ke-25.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!