Kartunis Roslan Kassim atau lebih masyhur dengan panggilan Petai menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.14 pagi ini.
Allahyarham yang pernah popular dengan karya-karya hebatnya di majalah humor Ujang meninggal dunia pada usia 49 tahun kerana sesak nafas.
Berita sedih pemergian kartunis itu di Hospital Sedang dikongsi di laman Facebook Rumah Kartun & Komik Malaysia pada Khamis.
“Beliau dimasukkan ke hospital malam tadi kerana sesak nafas (asma).
“Bersamalah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan memohon doa kepada Allah yang baik-baik terhadapnya,” kata kenyataan itu.
Ketika berkarya dengan majalah Ujang, Allahyarham sangat terkenal dengan watak Dukun Petai.
Selain pernah bertugas dengan majalah Ujang, Allahyarham Petai yang berasal dari Melaka juga pernah berkarya dengan majalah Gelihati dan Gila-Gila serta Apo.
Allahyarham juga pernah menghasilkan komik humornya dengan nama Petai Palooza.

0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”