Pages

Februari 16, 2021

Notis pertukaran nama Tesco Malaysia kepada Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotuss Malaysia)

Notis pertukaran nama Tesco Malaysia kepada Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotuss Malaysia)

Tesco Malaysia hari ini secara rasmi menukar namanya kepada Lotuss Malaysia.

Proses penjenamaan semula itu adalah berikutan Tesco Group UK menjual operasinya di Thailand dan Malaysia kepada konglomerat Thailand, Charoen Pokphand Group Co Ltd (C.P. Group) pada Disember lalu.

C.P. Group adalah salah satu syarikat berasaskan pertanian dan perladangan terbesar di dunia.

Sehubungan itu, Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd kini adalah anak syarikat C.P. Group.

C.P. Group kini memiliki pelaburan di 21 negara seluruh dunia.

Selepas mengambilalih perniagaan Tesco Malaysia pada Disember lalu, Lotuss Malaysia kini meneruskan operasi semua gedung Tesco sedia ada, merangkumi 8,600 pekerja dan satu ibu pejabat, dua pusat pengendaran serta 62 gedung di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ia turut memiliki rangkaian beli belah barangan rumah dalam talian paling meluas di Malaysia dengan lebih 100 trak penghantaran dan operasi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan serta Ipoh.

Lotuss Malaysia dijangka menyelesaikan proses penjenamaan semula ini menjelang akhir 2021.

BHONLINE

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!