Pages

Februari 18, 2021

Kemaskini GKP 1.0 Dan 2.0 Untuk Yang Gagal Kredit (Mulai 15 Februari)

Untuk makluman bagi penerima GKP 1.0 dan 2.0 yang gagal kredit, anda boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 15 Februari ini.

Hal ini dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui sebuah siaran di Facebook

Kemaskini Maklumat Akaun GKP 1.0 & GKP 2.0

Pemohon yang perlu membuat kemaskini GKP adalah pemohon yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini.

Sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Kemaskini juga perlu dibuat bagi membolehkan pembayaran GKP Tambahan yang dijangka akan dikreditkan ke akaun mulai Mac 2021.

Bayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.

GKP Tambahan RM1,000 untuk negeri PKP ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank

Untuk membuat kemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Sila Log Mjasuk seperti biasa
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Tekan kotak Semak
  5. Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    • Status Permohonan
  6. Klik butang Kemaskini dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
  7. Tekan butang Simpan untuk menghantar maklumat tersebut.

*Nota: Sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!