Ikan tapah hasil pancingan Ismail di Sungai Pandan, Sebauh pada Ahad, RM1,500

Ikan tapah hasil pancingan Ismail di Sungai Pandan, Sebauh pada Ahad.


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Itu perumpamaan tepat rezeki Ismail Draup ketika memperoleh ikan tapah seberat 75 kilogram ketika memancing di Sungai Pandan, Sebauh di sini pada Ahad.
Malah, ikan tapah tersebut dijual dengan harga RM1,500 kepada seorang pembeli.
Menceritakan lebih lanjut, Ismail yang hilang pekerjaan akibat COVID-19 memberitahu, dia tidak menyangka ikan tapah gergasi itu mengena pada mata kailnya.
"Pada awalnya melihat ada ikan besar yang cuba memakan umpan tetapi tidak termakan.
"Kemudian saya cuba menggerakkan kail untuk menarik perhatian barulah ikan tersebut memakan umpan pada kail saya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Ismail menunjukkan ikan tapah yang diperolehi ketika memancing di Sungai Pandan, Sebauh.
Ismail menunjukkan ikan tapah yang diperolehi ketika memancing di Sungai Pandan, Sebauh.
Jelas Ismail, dia mengambil masa kira-kira 40 minit ‘berlawan’ sebelum berjaya mendaratkan ikan tersebut.
Walaupun sebelum ini dia pernah menangkap ikan seberat 45 kilogram tetapi kali ini pancingannya sekali lagi memberi rezeki penuh makna.
Peladang yang hilang pekerjaan susulan pandemik COVID-19 itu tidak menyangka hasil pancingannya memberikan pulangan lumayan ketika dia masih bergelut untuk mencari sumber pendapatan.
Ikan tapah hasil pancingan Ismail di Sungai Pandan, Sebauh pada Ahad.



COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

Post a comment (0)
Previous Post Next Post