September 05, 2023

Kaedah rawatan wajah kebas

Kaedah rawatan

Mengenai kaedah rawatan, ia bergantung kepada penyebab punca wajah kebas tersebut.

Doktor akan menjalani pemeriksaan rapi mengikut simptom diberikan pesakit antaranya mengambil sejarah lengkap mengenai gejalan kebas itu.

Antara maklumat penting diperlukan ialah tempoh jangka masa berlaku (akut atau kronik, berterusan atau secara episodik), sejarah penyakit pesakit, selain melakukan pemeriksaan fizikal dan neurologi pada pesakit.

"Dengan simptom kebas itu doktor perlu memastikan sama ada otot pada muka ada masalah, seperti tidak boleh bergerak seperti mulut dan mata tidak boleh ditutup.

"Tangan dan kaki juga perlu dipastikan tiada masalah neurologi. Pesakit juga perlu memaklumkan doktor sama mengalami kebas pada bahagian anggota lain seperti tangan dan kaki atau mengalami gejala sakit kepala sepanjang hari.'' katanya.

Beliau juga mengingatkan, pesakit mengalami kebas wajah secara tiba-tiba diiringi dengan simptom neurologi lain seperti lemah separuh badan atau tidak lancar bertutur perlu segera berjumpa doktor.

Apabila simptom dan pemeriksaan dilakukan, keputusan dapat dibuat sama ada ia membabitkan masalah dari otak atau saraf trigimenal tidak berfungsi dengan baik. Doktor akan melakukan rawatan dan pemeriksaan secara teliti.

"Ini bertujuan memastikan ia bukan disebabkan angin ahmar atau strok yang boleh berbahaya kepada pesakit dan memerlukan rawatan kecemasan secepat mungkin," katanya.

Kebas wajah secara tiba-tiba

Masalah pada saraf trigeminal



0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!