Kebas wajah secara tiba-tiba

MUNGKIN anda biasa mengalami rasa gangguan kebas atau kesemutan (paresthesia) pada bahagian kaki ketika duduk bersilang, bersimpuh terlalu lama yang akan hilang apabila kaki diluruskan semula.
Namun, apabila kebas berlaku di wajah, sama ada pada sebelah sahaja atau seluruh muka, adakah ia keadaan yang biasa atau mungkin keadaan yang perlu dirisaukan?

Ketua Jabatan Neurologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Hospital Pengajar Universiti Putra Malaya (UPM), Prof Madya Dr Wan Aliaa Wan Sulaiman, berkata masalah kebas wajah disebabkan daripada pelbagai punca dan ada yang mungkin boleh berpunca daripada penyakit yang berbahaya.

Ada kes kebas pada wajah tidak memudaratkan. Contohnya, jika pergi ke kawasan sejuk atau mungkin terkena salji, muka berasa sejuk dan kebas, tapi apabila ke kawasan panas ia kembali normal."

Namun, kebas wajah ini membimbangkan jika ia berpunca dari beberapa masalah otak dan saraf neurologi yang serius seperti serangan angin ahmar atau strok," katanya.

Sistem sensori otak dan saraf kranial trigeminal bertanggungjawab untuk deria sensasi wajah manusia menjadi normal. Apabila seseorang itu mengalami masalah pada laluan sistem sensori itu, ia akan menyebabkan individu mengalami simptom kebas, kurang rasa atau kesemutan pada wajah.

Punca masalah itu adalah pelbagai dan dapat dikenal pasti dengan konsultasi perubatan.


Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan