Masalah pada saraf trigeminal

 Masalah pada saraf trigeminal

Jika saraf trigimenal bermasalah, kebas boleh berlaku dan selalunya membabitkan gejala lain seperti sakit mencucuk di kawasan muka.

Kebas atau yang dialami boleh membabitkan kawasan dahi, mata, rahang bawah atau rahang atas bergantung kepada cabang saraf trigeminal yang terlibat sama ada laluan cabang saraf trigeminal V1, V2 dan V3.

"Pesakit juga mungkin mendapati ada kawasan tertentu pada muka boleh mencetuskan serangan apabila disentuh atau sebarang rangsangan deria seperti memberus gigi atau bersolek di muka," katanya.

Dr Wan Aliaa berkata, pada kebiasaannya semakin berusia individu, saraf makin kurang berfungsi (neuropati) menyebabkan kebas atau kesemutan berlaku.

Antara punca lain kebas wajah neuropati adalah diabetes mellitus, radang saraf dan juga toksin seperti alkohol.

Justeru, semua individu wajar mengamalkan gaya hidup sihat sejak usia muda bagi mengelak sebarang penyakit pada masa depan.

Pemakanan tidak sihat seperti contoh mengambil makanan bergula dan berkolesterol tinggi atau kurang nutrisi seperti vitamin B dan D sekali gus mendorong masalah saraf.

"Namun, masalah kebas ini juga boleh berlaku pada golongan muda seperti kanak-kanak yang berpunca daripada masalah neuroinflamasi atau radang saraf dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera'' katanya.

Dari sudut neurologi, Dr Wan Aliaa berkata, selain dari saraf sensori trigeminal, terdapat saraf 'facial nerve' yang menggerakan sistem motor otot muka mungkin terlibat dalam penyakit Bell's palsy.

"Serangan juga boleh menyebabkan lemah otot muka yang kebiasaannya menyebabkan pesakit tidak dapat menggerakkan sebelah wajah ketika serangan Bell's palsy, bagaimanapun terdapat kes yang mana pesakit akan mengalami juga kebas wajah.

Kebas wajah secara tiba-tiba

Kaedah rawatan wajah kebas




Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini