Kebas wajah sebagai gejala strok
Beliau berkata, gejala kebas pada wajah yang dialami secara tiba-tiba atau akut perlu diperiksa dengan segera untuk memastikan ia bukan serangan akut strok terutama jika mempunyai simptom neurologi lain seperti kebas separuh badan dan juga jika mempunyai risiko perubatan.
"Kebas muka paling bahaya adalah angin ahmar yang boleh menyerang pada bila-bila masa. Simptom tiba-tiba ini dipanggil simptom akut 'lacunar stroke' dan perlu segera mendapatkan pemeriksaan terutama mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

"Selain strok, penyakit 'multiple sclerosis' juga boleh menyebabkan gejala kebas wajah''.
Kesedaran orang awam perlu dipertingkatkan dengan pengetahuan mengenai kebas pada wajah yang disebabkan penyakit neurologi yang serius dan memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pengimejan kepala dan saraf.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”