Pages

Februari 10, 2019

Ada Yang Cakap Kucing Pun Ada Nafsu, Tapi Tak Ramai Fikir Kesan Tak Kembirikan

Ada Yang Cakap Kucing Pun Ada Nafsu, Tapi Tak Ramai Fikir Kesan Tak Kembirikan

Image result for Ada Yang Cakap Kucing Pun Ada Nafsu

Sekarang sudah pun masuk tahun 2019 dan ini bermakna tinggal lagi setahun mahu masuk tahun 2020 tetapi, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak faham atau buat tidak tahu tentang perkara ini.

Pertama,kucing bila sudah beranak-pinak terlalu banyak, confirm akan jadi masalah. Jangan mahu menipulah mampu bela banyak-banyak. Saya pernah membela sampai 53 ekor. Bezanya saya mandulkan semua, maka saya mampu bela sebanyak itu tanpa masalah.

Image result for Ada Yang Cakap Kucing Pun Ada Nafsu

Sila faham yang kucing banyak sebab banyak dikutip/diselamatkan adalah sangat jauh berbeza dengan banyak sebab beranak pinak, diternak. Bila kita sendiri yang kutip banyak-banyak, maka kita ikhlas bela, apa pun masalah pun kita dapat selesaikan. Berbeza dengan penternak kucing, bila ada masalah sikit, terus mahu jual kucing. Kadang-kadang tiada apa masalah pun, cuma sudah malas, jemu atau fed-up saja sebenanye tetapi alasan mahu jual itu macam masalah dia sorang sahaj atas muka bumi ini yang tidak boleh selesaikan.

Tolong faham yang cari adopter untuk kucing-kucing ternakan adalah suatu perkar yang salah. Kucing-kucing terbir lebih banyak yang memerlukan adopter tapi sampai hati korang ye ‘curi’ potential adopter mereka. Habis harapan kucing-kucing terbiar ini mahu dapat rumah berkecai berderai. Tak rasa bersalah ke? Tak kisahlah korang mahu bagi adopt secara percuma ke, “untung bagi adopt daripada buang” ke, yang pasti korang memang tidak bertanggungjawab. Bela kucing tiada jiwa, boleh senang-senang dilepaskan. Catlover palsu.

Berbalik kepada isu asal, hukum memandulkan kucing hanya ada 2, tidak harus, haram. Tiada wajib, tiada sunat. Sememangnya korang boleh pilih mahu ikut yang mana. Korang boleh bagi alasan “hak kamilah mahu ikut yang mana” tetapi perlu ingat yang keputusan korang itu akan memberi impak yang sangat besar yang sama ada membuatkan nasib kucing-kucing terbiar terbela atau memburukkannya lagi. Memanglah hak itu merupakan hak korang sama ada mahu kutip atau beli kucing, tapi di mana sifat perikemanusian korang sampai sanggup keluarkan kenyataan macam tu ? Tidak kasihankan kat kucing terbiar ke? Kesian sahaja tidak mencukupi kalau tiada sebarang tindakan.

Image result for Ada Yang Cakap Kucing Pun Ada Nafsu

Bagi sesiapa yang ikut pendapat Ustaz Azhar Idrus & fatwa Jakim, maka kebarangkalian korang untu menjadi pembuang kucing tegar adalah sangat tipis. Saya berani cakap sebab saya salah sorang daripadanya.

Bagi sesiapa yang ikut pendapat Ustaz Kazim Elias, kebarangkalian untuk korang jadi pembuang kucing tegar adalah sangat tinggi. Kenapa? Sebab kita ini manusia, kaya macam mana pun takkan mampu bela kucing yang terlalu banyak tanpa menyusahkan orang lain.
Pendapat kedua-dua ustaz itu betul. Tapi fatwa itukan adalah perbincangan sekumpulan ustaz yang bermakna ianya is lebih tepat dan boleh dipercayai berbanding dengan ustaz persendirian, lantaklah fatwa Jakin tentang makanan yang berubah-rubah, Cadbury ada babilah ,sekejap tiadalah, tetapi pasal kucing tidak pernah berubah. Jadi, ikut sajalah fatwa mandulkan kucing itu harus sudah dikeluarkan sejak tahun 2002 lagi, 15 tahun lepas tahu, tidak pernah berubah sampailah sekarang.

Image result for Ada Yang Cakap Kucing Pun Ada Nafsu

Kalau still mahu ikut Ustaz Kazim Elias punya pendapat, silakan, tetapi :

1. Jangan cari adopter utk kucing-kucing ternakan, itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana memburukkan lagi nasib kucing-kucing terbiar.

2. Kalau terjumpa kucing-kucing terbiar yang sakit, jangan menyusahkan rescuer, sendiri jumpa sendirila selamatkan. Apa? Tidak mampu sebab kucing sudah banyak? Siapa suruh ternak.

3. Kalau sudah tidak mampu bagi makan sebab jumlah sudah terlalu banyak, jangan buka donation. Malu sikit muka itu, masalah sendiri yang degil tetpi orang lain pula yang perlu disusahkan.

4. Jangan bila sudah beranak-pinak banyak-banyak, dibuang.

5. Pandai ternak pandailah jaga sendiri, jangan sampai jiran-jiran terasa beban, berdosa itu.
Cukuplah sampai situ. Sekali lagi mahu dingatkan, kedegilan anda akan memberi impak yang sangat besar ye. Pos ini khas untuk sesiapa yang mampu tetapi tetap berdegil tidak mahu mandulkan dengan macam-macam alasan. Bagi yang tidak mampu, tolong asingkan jantan betina. Pokoknya, jangan dibiar mengawan dan beranak-pinak.

Bagi sesiapa yang merasakan memandulkan kucing itu menyeksakanlah, menyeksakan batinlah, kucing pun mahu ada anaklah, tolong terangkan kenapa bila anak-anak sudah umur 3-4 bulan, ibu dia tinggalkan anak-anak itu? Sebab kucing mengawan kerana hormon, bukan kerana nafsu atau pun mahukan anak. Kucing tiada akal, dia tidak pilih untuk jadi kucing dan beranak-pinak tidak terkawal.
Last but not least,fakta tapi ramai tak percaya,bahawa kucing2 terbiar di luar sana, ditangkap & disuntik mati oleh majlis perbandaran setiap daerah masing-masing di seluruh Malaysia, tiada daerah atau negeri yang terkecuali. Hiduplah dalam fakta ni. Dan hidup la dalam rasa bersalah bagi sesiapa yg penah buang kucing.

Sumber : Fad’s Feline Family

1 comments:

PeRdU cINta berkata...

Terima kasih perkongsian.

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!