Pages

Februari 02, 2019

Sinopsis Spanar Jaya X

Sinopsis Spanar Jaya X

Pak Selamat telah menyerahkan bengkel Spanar Jaya kepada Mat Rock (Opie Zami) yang merupakan pekerja setianya. Namun, hampir setahun berlalu, bengkel Spanar Jaya mengalami masalah kewangan dan menanggung hutang kerana Mat Rock tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan perniagaan. Pak Selamat kecewa dengan Mat Rock kerana tidak berkongsi masalah hutang yang dihadapinya. Pak Selamat bersedia untuk membantu Mat Rock menyelesaikan hutang bengkel itu tetapi dengan syarat, anak buahnya, Syasya (Uqasha Senrose) akan diserap masuk bagi memantau segala hal ehwal kewangan dan Zaki (Ben Amir), seorang mekanik akan menjadi ‘Chief Foreman’ bagi memajukan semula perniagaan di Spanar Jaya.

Spanar Jaya X (13 episod) adalah sebuah siri televisyen komedi Malaysia 2019 akan datang arahan Ahmad Idham. Siri ini diterbitkan oleh Enfiniti Production dan merupakan reboot kepada siri asal Spanar Jaya ciptaan Mamat Khalid, Loloq dan Norenshah Sahari yang ditayangkan dari 1999 hingga 2005. Spanar Jaya X disiarkan sempena ulang tahun ke-20 siri komedi ini dan akan disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di TV3 bermula 2 Februari 2019.

Lakonan Sangeeta Krishnasamy, Douglas Lim, Ben Amir, Uqasha Senrose, Opie Zami, Ramasundram Sengah, Radhi Khalid, Ahmad Idham, Jian Wen, Kalaiarasan Sivalingam, Nabila Huda, Hattan, Tiara Jacquelina dan ramai lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!