Pages

Februari 08, 2019

Tuhan Tolong Tutup Auratku

Hasil Perkongsian Ahmad Fedtri Yahya “Tuhan Tolong Tutup Auratku” Dari Seorang Ustazah Buka Mata Netizen, Insafi Diri.

Awal semalam, hos dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi mengenai pengalaman seorang ustazah yang dikenali sebagai Syadiya Abbas yang berhadapan situasi getir saat berada di wad kecmasan selepas terlibat dalam kemlangan.

Kata Syadiya seperti yang dipetik antara lain membayangkan, dia berdoa agar Allah sentiasa menjaga auratnya, meski dalam apa sahaja situasi sekalipun.

fedtriyahya: Perkongsian Ustazah @shadiyaabbas : TUHAN, TOLONG TUTUP AURATKU.

Semasa kemlangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju. Jubah dan tudung penuh drah. Jururawat tu berkata kepadaku; “Dik, kita gunting baju awak ni ye.” Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain.

Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata; “Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.” Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga. Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cdera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak.

Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya. Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya. “Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedra teruk. Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.” Saya merenung skrin telefonnya. “Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.

” Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya. Ketawa Dr India tu. Manis. “You kan sakit, boleh buat joke.” Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau.

Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik. Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya tidak terdaya. “Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.” Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat.

“Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya. Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya.

Saya sebak. Tuhan… Engkau Maha Memelihara. Engkau Maha Penjaga. Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu

Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu Walau beribu derhaka, Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu. Aku tak boleh hidup tanpaMu.

Imbasan Peristiwa; Shadiya, Hospital Besar Ipoh, April 2018. Komen netizen
ukhty_faezzalung: Walaupun tgh skit msih pk kan psal aurat msih berdoa pd allah agar aurat kite terjaga ketika skit..tp kite yg sihat walafiat ni sempurna sifat dgn bangga nye umum bukak aurat…iman tk kuat sbb tk cari iman tu tk manfaatkn iman yg allah bagi slma ni..*ingatan tuk diri sendiri jgk..insyaallah 😊

asha.zaki: Bila ckp pasal aurat . sy pn rasa sedih sbb kdg2 nurse di Hosp mengikut sop sgt2 takut kena mrh mungkin.. Sbb ketika sy kena tahan di CCU..sy keadaan Segar. Bukan lemah..sy boleh buat sendiri. Dorg masih nk suruh tangkal semua2 depa mereka.masa nak salin baju.kita malu la sbb kita masih mampu buat. Saya harap sy Saya xsakit Dan xmasuk lagi Hosp. 😥😥

nurraysaperak_: 😭😭😭. Sy pernah lalui. Lepas keluar bilik bedah, berusaha nk tutup rambut dgn penutup rambut yg disediakan tu walaupun masih ada rambut yg keluar. Suami cakap takpe darurat . But still rasa sedih tak dapat tutup

Sumber

1 comments:

PeRdU cINta berkata...

Allahu.

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!