KUALA LUMPUR: Kelonggaran bagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diberikan ketika rakyat dihimpit kesusahan ketika ini dan bukannya setiap masa.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengeluaran wang tersebut perlu dibenarkan secara beransur-ansur dan bukannya sekaligus.
“Apabila situasi kembali pulih, pencarum boleh kembali digalakkan untuk menambah semula caruman mereka.
“Rata-rata rakyat merintih dan menyampaikan keluhan dan keresahan mereka betapa perit dan sempitnya kehidupan di tengah-tengah Covid-19 yang memberi kesan langsung terhadap kelangsungan hidup ketika ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sebelum ini, kerajaan digesa mempertimbangkan pengeluaran KWSP sehingga RM10,000 secara one-off daripada Akuan 1 masing-masing.
Bagaimanapun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin berkata, sukar untuk kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran caruman KWSP yang boleh memberi masalah besar pada masa depan.-UTUSAN ONLINE
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!