
Misha kembali menggenggam trofi Vokal Terbaik buat kali ketiga.
Kali ketiga merangkul trofi Vokal Terbaik bagi pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL), kejayaan Misha Omar menerusi lagu Sampai Bila sekali gus menepati ramalan banyak pihak tatkala berlangsungnya AJL 33 semalam.
Tampil mempersembahkan komposisi lagu ciptaan Sharon Paul, manakala lirik ditulis oleh Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri, ternyata keampuhan vokal milik Misha sukar digugat.

Lagu Sampai Bila nyanyian Misha turut memenangi tempat ketiga.
Azmeer selaku ketua juri menyifatkan, teknik penyampaian vokal Misha amat mengagumkan dan tiada finalis lain mampu menyainginya.
“Keseluruhannya, Misha menang mudah pada malam ini, jauh tinggalkan finalis lain,” kata Azmeer.
Menurut komposer berkenaan, sukar untuknya menamakan calon yang mampu mencabar kedudukan Misha.
“Kalau ada kedudukan nombor dua, kemungkinan milik paduan vokal Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Haram.
“Tak pun Syamel yang mengambil risiko menyanyi lagu Kau Pun Sama sambil ligat menari,” tambahnya. – MHE TV
Kredit : MHETV
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”