Februari 04, 2019

Tanpa perlu ‘tried hard’, ini ‘moment’ gandingan mantap Sherry dan Aliff Satar di AJL-33

Tanpa perlu ‘tried hard’, ini ‘moment’ gandingan mantap Sherry dan Aliff Satar di AJL-33

Gandingan kali kedua pengacara Sherry Alhadad dan Aliff Satar mengendalikan pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 malam semalam, telah mendapat pujian penonton di media sosial.

Tanpa memerlukan sebarang punchlinelawak yang berlebihan, nyata pengacara versatil Sherry dan Aliff berjaya menghangatkan suasana pertandingan berprestij tersebut.

Berikut merupakan moment terbaik gandingan pengacara Sherry dan Aliff di Anugerah Juara Lagu ke-33

Persembahan upacara pembukaan daripada Aliff dan Sherry selepas persembahan hambar daripada kumpulan Search, nyata telah menghidupkan aura di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33.

Gaya Sherry Alhadad bermain drum di tengah pentas, telah menerima tepukan gemuruh daripada penonton, sementara Aliff Satar menyanyikan lagu We Will Rock You.

Baik ahh Aliff dengan Sherry .. #AJL33pic.twitter.com/NGpDDsewxG

— 𝒶𝓂𝒶𝓁𝒾𝓃𝒶𝓎𝑜𝓊𝓅 🌻 (@AmalinaYoup) February 3, 2019


Parodi suara penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza memanggil anaknya daripada Sherry Alhadad nyata telah menghangatkan suasana pentas AJL-33.

“Aafiyah duduk situ jangan datang kat ibu” 😂😂#AJL33pic.twitter.com/ihOBVebVyr

— st.fatimah 🌼 (@__fattimaaah) February 3, 2019


Sebelum bermulanya persembahan Hael Husaini, Sherry Alhadad dan Aliff Satar telah melakukan Temberang challenge di atas pentas, mengaitakan lagu Hajat yang pernah mencetuskan ikutan dalam kalangan peminat.

The Best Hosting Ever!
#AJL33 pic.twitter.com/mdbhWzjzvm

— aimanakym_ (@Aimanakym1) February 3, 2019


 

Tahniah diucapkan kepada Sherry Alhadad dan Aliff Satar , yang telah berjaya mengendalikan Anugerah Juara Lagu dengan baik.

Sumber : Twitter

Kredit : infosebenar.com

1 ulasan:

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!