Aku tak tahu… mungkin aku tidak layak untuk berkawan, tidak layak untuk mendekati sesiapa pun.
Kerana… aku tidak sebaik kalian, aku tidak sebagus kalian, aku hanyalah seorang pendosa, yang masih cuba bertahan di jalan-Nya.
Maaf… maafkan aku, maafkan atas segalanya. Jika kehadiranku membebankan, izinkan aku hanya diam, menjadi bayang yang tidak mengganggu sesiapa.
Namun dalam hati kecilku, aku tetap berdoa— semoga Allah menjaga setiap kalian, dengan cara yang paling indah.
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata. Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”
Catat Ulasan
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”