#JMBELOG • Monolog Jiwa
Disebalik Tiada Siapa Tahu
Ada perkara yang tidak perlu dijelaskan,
biarlah ia hanya aku dan Tuhanku yang tahu.
Biar aku terlihat bodoh,
biar aku dianggap tidak tahu apa-apa,
biar aku disangka bermasalah.
Kerana jika ada yang menyebut tentangku,
itu tandanya masih ada yang peduli,
masih ada hati yang menoleh ke arahku.
Aku belajar menerima — bahawa hadir dan ambil tahu itu
sudah lebih daripada cukup.
Terima kasih untuk setiap mata yang melihat,
setiap bibir yang bertanya,
dan setiap hati yang mendoakan.
Aku tidak selalu kuat,
tapi aku masih ada —
dengan kalian yang sudi hadir.
0 Comments:
Catat Ulasan
Komenlah Yang Baik-Baik.
Kerana kata juga ada nyawa.
Apa yang kita tulis, boleh jadi luka atau cahaya.