Suatu Hari Nanti
Suatu hari nanti,
wajah ini akan pudar dari ingatan.
Suatu hari nanti,
nama ini mungkin tidak lagi disebut sesiapa.
Suatu hari nanti,
segala langkah dan cerita yang pernah kutinggalkan
hanya menjadi helaian sunyi dalam diari kenangan.
Namun, harapku cuma satu —
bila aku tiada,
masih ada yang sudi menghadiahkan Al-Fatihah.
Kerana doa itulah bekal abadi,
yang lebih bermakna daripada segala ingatan dunia.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”